"Ramai yang tahu putih, ramai yang tahu hitam, tapi jarang yang nampak kelabu. Di antara yang melampau dengan yang terkurang, yang sering terpinggir ialah yang sedang-sedang. Hanya ada antara dua hala. Kiri atau kanan. Atas atau bawah. Depan atau belakang. Syurga atau neraka. Lalu dilaung-laungkan oleh mereka, jangan disempitkan perspektifmu sambil hanya saling memandang ke arah dua sudut sedang di antara syurga dan neraka, ada dunia. Lalu yang putih apabila melihat warna yang berbeza dari mereka, itulah hitam kata mereka. Lalu yang hitam apabila melihat warna yang berbeza dari mereka, itulah putih kata mereka. Lalu mereka kecam-mengecam kerana merasakan mereka adalah sangat berbeza di antara satu sama lain. Padamkan putih. Padamkan hitam. Tinggallah dua pihak yang saling menyimpan pandangan sempit tentang sesuatu yang di luar kebiasaan mereka dan kedengaran lagi dilaung-laung, jangan disempitkan perspektifmu."
(http://dariluardunia.blogspot.com/2008/02/putih-hitam-kelabu.html).
2 comments:
it's her,not him.
:)
Sorrylah, Cik Broken_nigina. MUST get rid of male chauvinistic thinking...
Post a Comment