Pada pilihanraya ke-12 yang baru lalu, Barisan Nasional telah dikejutkan dengan kekalahan teruk di 11 kerusi parlimen di negeri Pulau Pinang. Barisan Nasional sekadar memenangi 2 kerusi Parlimen iaitu di Kepala Batas dan Tasek Glugor.
Tamparan hebat ini adalah suatu ISYARAT JELAS daripada rakyat untuk memperbetulkan kelemahan dan kecacatan kerajaan Barisan Nasional di masa dahulu.
Usaha-usaha pembetulan giat dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional di peringkat persekutuan.
Malangnya, Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Parti KeADILan mempunyai niat buruk untuk merampas tampuk pemerintahan negara.
Justeru itu, parti-parti dalam Pakatan Rakyat terutamanya KeAdilan dan DAP berusaha untuk menggendalakan usaha-usaha pembetulan itu. Sebaliknya, Pakatan Rakyat tidak memberi tumpuan penuh kepada pemerintahan negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Rakyat di Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Kedah dan Kelantan sudah mula menerima kepedihan dalam kehidupan harian mereka. Walhal pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat asyik mengatur pelbagai strategi untuk menjatuhkan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional yang terpilih oleh rakyat di bulan Mar lalu.
Kali ini janganlah beri undi kepada parti KeADILAN, sebaliknya
BERILAH ISYARAT JELAS KEPADA PAKATAN RAKYAT YANG TINDAK-TANDUK MEREKA ADALAH KETERLALUAN. RAKYAT MAHU PEMIMPIN YANG PENTINGKAN RAKYAT BUKAN GELOJOH KUASA
Untuk memudahkan para pengundi menolak KeADILAN untuk pilihanraya Permatang Pauh, di bawah adalah beberapa sebab:-
- Kes seksual di luar tabii Anwar berkemungkinan besar akan mengambil masa panjang perbicaraan mahkamah. Anwar tidak mampu memberi tumpuan kepada kepentingan rakyat, sebaliknya Anwar perlu menghabiskan masanya dalam pembicaraan. Anwar sepatutnya tunggu sehingga kes seksual di luar tabii ini selesai sebelum meminta sebarang mandat daripada rakyat. Rakyat berhak untuk memilih seorang pemimpin yang jelas tidak dinodai, ini perlu diputuskan oleh Mahkamah.
- Tindak-tanduk Pakatan Rakyat terutama Parti Keadilan menunjuk sikap gelogoh untuk merampas pemerintahan persekutuan melalui muslihat-muslihat busuk adalah sebenarnya untuk kepentingan peribadi bukan kerana mereka sayangkan rakyat.
- Tindakan mencekik tukang foto suratkhabar, merosakkan kenderaan, melempar batu , melongdehkan seluar, protes jalanan haram dan yang tak terkawal semasa , sebelum dan sesudah pilihanraya adalah tanda-tanda permulaan fasa kemusnahan dan keganasan dalam negara jika Anwar diberi “lesen kemusnahan” melalui pilihanraya kecil ini.
- Taktik dan strategi kotor Pakatan Rakyat tidak mengendahkan kepentingan rakyat - yang penting untuk Pakatan Rakyat - kuasa dan lebih banyak kuasa. Biarlah rakyat menderita di masa ekonomi buruk di dunia.
- Memberi isyarat yang jelas yang rakyat sudah bosan ditipu kononnya harga minyak petrol boleh diturunkan dengan sewenang-wenangnya. Sebenarnya, harga minyak petrol terpaksa dinaikkan di hampir setaip negara.
- Memberi isyarat yang jelas kepada Pakatan Rakyat yang tindakan asyik mengumpan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional adalah sesuatu yang tidak beretika dan mengakibat suasana politik negara yang tidak tenteram.
- Memberi isyarat yang jelas yang rakyat tahu sebahagian besar dari janji-janji manis yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Rakyat hanya sekadar propaganda pembohongan. Kebanyakan janji-janji Pakatan Rakyat akan menjadikan negara kita papa kedana di masa depan dan membawa ke kancah kemusnahan. Tun Mahathir, lebih rela berhijrah ke negara asing dari melihat kemusnahan negara kita.
- Anwar Ibrahim cuba menampilkan gaya kepimpinan yang berani, tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Tindakan menyuruh isterinya untuk melepaskan kerusi parlimen Permatang Pauh menunjukkan tindakan seorang penakut. Anwar hanya berani bertanding di kerusi yang paling selamat untuk KeADILan!!! Adakah masuk akal untuk meminta Presiden Parti KeADILan untuk mengundurkan diri!!! Ada banyak kawasan parlimen KeADILan lain yang Anwar boleh bertanding, tetapi sebenarnya dia takut kalah. Adakah kita mahu seorang pemimpin negara yang penakut?
- Tindakan Anwar Ibrahim yang suka menggunakan negara-negara asing seperti Amerika Syarikat untuk menindas negara kita menunjukkan ia tidak layak menjadi seorang pemimpin Malaysia. Jika ia berjaya, Malaysia akan dijadikan boneka Amerika dan sekutu-sekutunya.
Saya akui kerajaan Barisan Nasional ada kelemahan dan cacat-celanya, tetapi ini semua sedang diperbaiki dan akan mengambil masa beberapa tahun.
Undi kepada Barisan Nasional perlu untuk memperkukuhkan mandat yang telah diterimanya dalam pilihanraya bulan March 2008 dan terus menggalakkan BN mempertingkatkan usaha-usaha memperbaiki pemerintahan negara.
Tidak mengundi KeADILan adalah cara yang paling tepat untuk meluahkan perasaan meluat terhadap sikap bongkak dan keterlaluan semenjak pilihanraya March 2008.
Undilah dengan bijak!!! Undilah Barisan Nasional!!!
5 comments:
http://romerz.blogspot.com/2008/08/from-sky.html
Adoi.... The latest revelation by bloggers about Arif Shah's education shows this candidate for BN is a joke and a big LIAR!!!!
In his own website arifshah.com it is said that he is studying in Graber International, California. Try running a google search for "Graber International" and there is no such institution!!!! What a fake!!!
Arif then later told Malaysiakini that it was actually Edison University of Technology in the British Virgin Islands which is known to issue fake certs!!! Either way it is a fake!!!
So if he is dishonest about even his education HOW CAN WE TRUST HIM!!!!
What have you got to say HKL?? Who's the bigger LIAR now!!!
Wahahahaha!!!! Sudah nyanyuk la PM kita!!!
Latest from malaysiakini:
"Give homeboy a chance, PM tells voters
Permatang Pauh voters should give an opportunity to a local candidate who resides in the area in to represent them in Parliament, said Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi."
What the toot is he talking? Does AAB stay in Kepala Batas? Does Najib stay in Pekan?? Maybe he meant that people of Kepala Batas did the wrong thing voting for him instead of a homeboy since he himself stay in KL.
Fishhook,You are the one that is NYANYUK!!!!
He meant Arif Shah the local boy.
Halo anonymous... people talking two steps ahead already, you're too slow la...so let me put it to you in simple language.
AAB is a HYPOCRITE in the statement. He said must vote for someone who reside in the constituency to represent them in parliament. AAB himself stays in KL and not in Kepala Batas. Najib also stays in KL not Pekan. So using his own words voters in kepala batas and pekan shouldn't vote for them because they don't recide in kepala batas and pekan. AAB is shooting himself in the foot.
Post a Comment