Monday, January 19, 2009

The Indelible Ink: Yes or No



SPR is considering the introduction of indelible ink for voters again. The purpose of the ink is to ensure no person is able to vote multiple times. Indelible ink is used in elections in some third world countries. Mafrel (Malaysians for Free and Fair) and Bersih(Coalition for Clean and Fair Elections) are for this introduction.

It was supposed to be introduced in GE12 but was withdrawn due to legal loopholes and fear of sabotage.

The legal loopholes can be easily plugged but the possibility of sabotage is harder to prevent. Sabotage can be in three forms – physical, chemical and lies.

It is of utmost important for SPR to ensure that its implementation does not become a political issue that can be utilized by the rumor and lies mongering machinery of certain parties.


Utusan Online
SPR kaji semula dakwat

KUALA TERENGGANU 17 Jan. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang selepas penggunaannya dibatalkan semasa Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac tahun lalu.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, SPR sedang mengkaji kelemahan penggunaan dakwat kekal itu untuk proses penambahbaikan supaya rancangan penggunaannya dapat diteruskan.

Katanya, jika penggunaan dakwat kekal pada kuku itu didapati mampu menawarkan proses pengundian lebih telus dan adil kepada pengundi, ia mungkin digunakan pada masa depan.

''Tengoklah pada kajian yang kita lakukan. Selain soal ketelusan, kajian juga melibatkan soal pindaan undang-undang.

''Jika ia sesuatu yang baik dan memberi lebih ketelusan dan adil kepada pengundi, insya-Allah pilihan raya umum akan datang kita gunakan dakwat kekal," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau proses pengundian Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu di Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Bariah, Pasir Panjang di sini hari ini.

Kata Abdul Aziz, kajian tersebut boleh siap dalam tempoh empat tahun sebelum pilihan raya umum akan datang berlangsung.

Bagaimanapun jelasnya, jika hasil kajian diperoleh lebih awal, SPR akan menggunakannya dalam mana-mana pilihan raya kecil jika ada.

''Lagi cepat lagi baik. Jika cepat, kita akan mulakan dengan pilihan raya kecil jika ada sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13," ujarnya.

Keputusan membatalkan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum lalu dibuat empat hari sebelum proses pembuangan undi, 8 Mac lalu.

Ia dibuat ekoran terdapat laporan menyatakan berlaku penyeludupan dakwat tersebut sebelum pilihan raya umum berlangsung.

1 comment:

Unknown said...

What happened to all the kajian done before millions were spent on the ink purchased before Mar 8? Was a kajian even done in the first place before spending such huge sums of public money? Otherwise the EC should just cut the crap about more kajians.