Friday, February 20, 2009

Naib Presiden Gerakan Letak Jawatan Jika BN Terlibat

From Putih Hitam Kelabu


KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Naib Presiden Gerakan Huan Cheng Guan sedia meletak jawatan jika pembangkang dapat membuktikan bahawa kepimpinan Barisan Nasional (BN) berada di belakang penyebaran gambar bogel anggota exco Selangor, Elizabeth Wong.

"Jika mereka (pembangkang) tidak dapat berbuat demikian, mereka kena meminta maaf kepada BN dan Malaysia kerana membuat dakwaan yang melucukan," katanya dalam satu kenyataan di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Huan turut melahirkan simpatinya terhadap Elizabeth berhubung penyebaran gambar-gambar dirinya yang diambil tanpa persetujuannya dan berpendapat setiap orang termasuk ahli politik mempunyai hak privasi dan ini mesti dihormati sepanjang masa.

"Saya yakin BN tidak akan turun begitu rendah melibatkan diri dalam percubaan seperti itu untuk memusnahkan kehidupan umum dan peribadi seseorang individu." Adalah tidak adil bagi PR (Pakatan Rakyat) terus menyalahkan BN bila isu yang menjejas mereka timbul.

"Berasaskan laporan media baru-baru ini, polis sedang menyiasat bekas teman lelaki Elizabeth yang juga pegawai Parti Keadilan Rakyat (PKR)."

Saya cadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (penasihat PKR) memperkemas partinya bagi menghapuskan pengkhianat parti terlebih dulu sebelum memutuskan untuk menyalahkan BN," katanya.

Sementara itu, Elizabeth dalam satu kenyataan hari ini meminta media agar "tidak mengganggu keluarga, rakan dan dirinya."

Tolong jangan terus memalukan keluarga dan diri saya, supaya kami dapat menjalani hidup normal seperti rakyat biasa," kata beliau.

Komentar: Adakah Anwar Ibrahim atau si mulut celupar Teresa Kok berani menawarkan diri untuk letak sebarang jawatan mereka jika didapati tuduhan komplot BN tidak berasas.

1 comment:

Anonymous said...

Tiada satu ahli pembangkang yang sanggup menyahut cabaran Naib Presiden Gerakan ini. Apa dah jadi, berani kerana benar! Tak berani kerana salah!