Thursday, May 8, 2008

Please, no broken promises


Datuk Zaid Ibrahim promises that by the coming Parliament sititing in July 2008 he intend to table the Judiciary reforms. Let see whether the commitment is kept.


Berita Harian Online, Khamis, 08 Mei 2008
Komposisi dan struktur suruhanjaya pelantikan hakim selesai tiga mingggu lagi

KUALA LUMPUR: Komposisi dan struktur Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman akan diselesaikan tiga minggu lagi, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Zaid, menteri yang bertanggungjawab terhadap undang-undang berkata pihaknya kini dalam proses mendapatkan maklum balas pelbagai pihak, termasuk Majlis Peguam, badan kehakiman, parti politik serta badan berkaitan mengenai struktur dan komposisi suruhanjaya itu.

“Komposisi sebenar kita akan ketahui pada masa itu. Kita melihat kepada antara 12 sehingga 14 anggota tapi ini belum diputuskan lagi. Kita tidak mahu terlalu ramai anggota," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Suruhanjaya itu dicadang penubuhannya untuk mengenal pasti dan mencadangkan nama calon hakim.

Beliau berkata pembentukan suruhanjaya itu adalah berdasarkan model British tetapi tidak semuanya akan diguna pakai.

Kita juga akan meminda Perlembagaan Persekutuan selepas struktur itu diumumkan. Kita bercadang untuk membentangkan pindaan itu pada sidang dewan Julai ini,” katanya

No comments: